Fashion & Beauty

Kemuncak Kemeriahan Warna Warni Aidilfitri di ezbuy!

Sudah seminggu bermulanya ibadah puasa dan pastinya umat Islam diseluruh dunia mula menghitung hari untuk menyambut lebaran. Minggu ke dua Ramadhan, adalah minggu untuk merancang Pelan Raya anda. Maka, bermulalah Jualan Hebat di mana-mana. Menempah baju raya sedondon untuk sekeluarga sudah dilakukan berbulan awalnya. Memandangkan tiada lagi harapan untuk menempah pakaian secara custom, maka ramailah  yang berpaling untuk membeli pakaian yang sudah siap dijahit. Ini sudah menjadi trend kebanyakkan warga kota dan juga untuk mereka yang lebih berfikiran santai. Ada juga yang ‘mix & match’ , baju lain, kain lain, asalkan ada rupa dan feel Rayanya.

Kepada anda yang sudah mula mencari pelbagai kelengkapan untuk Hari Raya Aidifitri nanti,  ezbuy telah melancarkan JUALAN EDISI ezRaya bermula 21 May 2018.  . Anda boleh menikmati pelbagai jenis barangan daripada biskut raya, baju raya, kelengkapan raya dan banyak lagi dengan harga yang cukup murah dan sudah semestinya berbaloi! Walaupun ezbuy tidak menampilkan rangkaian koleksi para selebriti tempatan seperti kebanyakkan tempat, jualan ezRaya kali ini tidak kurang hebatnya. Dengan harga serendah RM10, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis tudung beraneka gaya, baju kurung dan jubah raya yang menarik.

 

 

JUALAN EDISI ezRaya bukan hanya terhad kepada pakaian sahaja, malah LOCAL MARKETPLACE turut menyajikan pelbagai jenis biskut raya, barangan dapur, minuman dan banyak lagi sempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang. Anda boleh mendapatkan biskut raya yang lazat dengan harga yang sangat murah! Jika anda risau untuk mendapatkan rempah ratus untuk digunakan untuk Rumah Terbuka nanti, apa kata anda mulai membelinya di  LOCAL MARKETPLACE ezbuy sememangnya berpatutan dan dijamin MURAH!Sehingga 31 May 2018, anda boleh memborong 5 jenis biskut dan mendapatkan 1 biskut percuma. Terdapat lebih 40 variasi biskut raya boleh anda dapati dengan harga RM9.99 sebalang.

 

Big Box Raya juga hebat melancarkan potongan harga yang mengagumkan! Sehingga 27 Mei ini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis minuman, rempah ratus, aneka keropok dan kerepek, cokelat dan lain-lain kelengkapan dapur dengan penjimatan berganda-ganda! Minuman kotak Drinho hanya RM17.00 sekotak sememangnya luar biasa. Sememangnya di Big Box, andalah lokasi terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai jenis barangan dapur untuk melengkap majlis Berbuka Puasa mahupun Raya anda. Jika anda berancangan mahu memasakkan Spaghetti Bolognese untuk menjamu para tetamu, harga eksklusif hanya Rm35.50 untuk 3 botol Sos San Remo 500 gram. Tidak rugi rasanya untuk anda memudahkan urusan raya anda dengan membeli secara online di SINI.

Tunggu apa lagi? Jom sertai kempen jualan ezRaya di ezbuy! Meriahkan Aidilfitri anda dengan penuh kegembiraan dengan membeli belah bersama ezbuy! Selamat Hari Raya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top