Entertainment

Persediaan Menyaksikan Persembahan di Pentas Istana Budaya

 

Related image

Istana Budaya, Kuala Lumpur adalah antara pentas yang berprestij dimana ramai penggiat seni mempersembahkan karya mereka diSINI. Ia juga antara lokasi dibawah Pusat Kebudayaan Negara Malaysia yang diwujudkan sebagai kompleks kebudayaan yang merangkumi komponen lain iaitu Muzium Sejarah,  Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, rangkaian restoran dan pusat membeli-belah barangan seni budaya. Panggung Sari hanya menempatkan 1411 orang pada satu-satu masa, termasuk 785 orang di Balai Sari Penghadapan di tingkat satu menjadikan Istana Budaya sebuat tempat yang sangat eksklusif dan mempunya etika yang ketat ketika menghadiri persembahan disini.

Image result for istana budaya

Untuk anda yang tidak pernah menghadiri persembahan disini, Istana Budaya umpama Royale Albert Hall, London. Eksklusif dan hanya persembahan yang tertentu sahaja yang layak dipersembahkan disini. Oleh sebab itu, anda perlu tahu serta mematuhi etika yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61, Teater Tanah Akhirku telah ditayangkan. Tanah Akhirku adalah sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza. Kaum Cina yang telah datang berhijrah ke Tanah Melayu pada era penjajahan British turut memainkan peranan besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang majmuk seperti masa kini. Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.

Related image

Bukan itu saja, Persembahan Inspirasi Tari anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) juga antara yang dinantikan oleh orang ramai. 14 karya baru dengan 276 artis budaya kumpulan telah memeriahkan persembahan ini. Antara persembahan yang mendapat tepukan hebat ialah persembahan lincah dan penuh gaya oleh kanak-kanak daripada Permata Seni Tari dengan tarian Sep Sep Tom Tom.

Oleh kerana persembahan yang ditayangkan di Istana Budaya ini hebat, maka perlulah anda tahu bahawa terdapat etika pemakaian serta peraturan yang ditetapkan. Ini kerana, ramai yang tidak mengambil berat dengan peraturan ini yang dibuat bagi menghormati seni binaan dan juga nama Istana Budaya. Sekira anda berminat untuk menyaksikan konsert atau persembahan yang eksklusif ini tetapi tidak tahu mengenai etika dan pemakaian yang sesuai dengan lokasi, anda boleh mendapatkan variasi pakaian di ezbuy. Jom ketahui apakah etika yang perlu anda patuhi sebelum melangkah ke Panggung Sari Istana Budaya.

 

  1. Pemakaian

a) Orkestra/Koir – Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Sumber: ezbuy

b) Teater – Kemas, sopan dan bersesuaian.

Sumber: ezbuy

c) Kasut haruslah bertutup Untuk Lelaki

Sumber: ezbuy

2. Tidak Dibenarkan Memakai – Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

Image result for No Slipper sign

3. Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk. Anda dinasihatkan mengikuti masa tayangan bagi menghormati tetamu lain dan juga persembahan tersebut.

Image result for do not be late

4. Merakam – Penonton dilarang merakam sebarang persembahan ketika berada didalam panggung. Rakaman hanya dibenarkan pada 5 minit pertama dan akhir tayangan. Pegawai yang bertugas memerhati tingkah laku anda.

Related image

5. Dilarang menggunakan telefon bimbit – Semua peranti elektronik haruslah dimatikan atau berada dalam mode tanpa suara sebelum persembahan bermula bagi menghormati karya.

6. Peringatan Penting

  • Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal.
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak.
  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton.
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium.
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

 

Persembahan demi persembahan menunggu giliran untuk dipentaskan setiap minggu. Bagi anda yang menunggu persembahan mantap daripada Tulus yang bakal diadakan di Istana Budaya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya. Pastikan anda mendapatkan tiket lebih awal dan jangan membeli disaat akhir dan pastikan anda mempunya kelengkapan secukupnya ketika menyaksikan konsert selama 2 jam ini. Tapi, apa yang anda perlukan?

 

  1. Power Bank – Dapatkan power bank yang berkualiti dan original dari ezbuy local store dengan harga yang berpatutan serta murah. Local Store menawarkan rangkaian jenama hebat seperti Xiaomi, Pineng, Sony dan lain-lain. Kapasiti juga pelbagai yang membolehkan anda mengecas bateri telefon pintar anda sehingga 3x. Sumber: ezbuy
  2. Kabel Mudah Alih – Bak kata orang, “Tak ada kabel, tak boleh cas” . Penting untuk anda memiliki lebih daripada 1 kabel untuk anda gunakan dan sentiasa letak di dalam tas. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah membuka kabel daripada kepala plug semata-mata mahu menggunakannya. Ini lebih memudahkan anda untuk ke mana-mana tanpa merosakkan kabel utama anda. 

Sumber: ezbuy

3. Tisu –  Ini merupakan perkara penting yang perlu ada dalam tas anda. Ini kerana keadaan panggung yang sejuk boleh membuatkan anda merasa tidak selesa. Malah, ia amat penting untuk golongan wanita. Ada kalanya , tandas yang disediakan tidak mempunyai tisu yang cukup. Jadi, tak salahkan jika anda bersiap sedia?

 

Kepada mereka yang belum pernah pergi ke Panggung Sari Istana Budaya, ada baiknya anda mengetahui perkara-perkara yang telah dikongsikan bersama. Promosi di ezbuy juga masih berlangsung untuk anda mendapatkan pelbagai jenis barangan yang boleh anda gayakan ketika berada di Istana Budaya. Untuk mengetahui pelbagai jenis promosi harian kami,  jangan lupa layari www. ezbuy.my

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top